HUMOR n LAWAK JENAKA!!!!!

Post new topic   Reply to topic

Page 6 of 7 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

View previous topic View next topic Go down

ANAK CONTOH

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:34 pm

Dalam sebuah kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya.
"Kamu hendak ke mana? Syurga atau neraka?Siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan...!!"

Maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.
Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,"Siapa hendak ke neraka?"
Semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi...

Dengan kehairanan ustaz itu bertanya. "Bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan....habis awak nak ke mana??"

Jawab murid itu,"Saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput"

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

ANAK ULAR

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:34 pm

Anak ular : Ibu kita ni beracun tak?
Ibu ular : Tidak...mengapa tanya?
Anak ular : Saya baru saja tergigit lidah saya!

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

NENEK BERANAK TUA

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:36 pm

Dengan kaedah penghamilan yang semakin hari semakin maju, seorang nenek yang lanjut usia telah mencuba utk mengandung dan berhasil.

Setelah keluar dari hospital, saudara- mara tak henti-henti berkunjung utk bertanyakan khabar sekaligus utk melihat bayi hasil kaedah tersebut.. Kira-kira ajaib kes ini kerana dah tua-tua pun masih boleh melahirkan.
Suatu hari,saudara lain datang berziarah, kedengaran riuh rendah kata-kata pujian dan gelak ketawa mereka.

"Bolehkah kami melihat anak kamu itu? Sudah tentu comel sekali.."
Sambil tersenyum, nenek tersebut berkata."Boleh... tapi tunggu sebentar ya. " Tanpa menerangkan apa-apa..Setelah 1/2 jm menunggu... saudara tersebut bertanya lagi.

"Bila boleh kami lihat anak kamu itu? Tak sabar rasanya..." Sekali lagi sambil tersenyum " Kejap jer lagi.. " Setelah hampir sejam bayi tersebut masih belum kelihatan..

Saudara2 nya sudah rasa resah."Kenapa susah sangat nak tengok bayi ni? Dah hampir sejam kami tunggu.. kata sekejap saja..Kenapa??? Mana bayi tu..?

Sambil bangun menuju ke dapur "Sabar la.. sekejap lagi bila anak ku menangis dapatlah kalian melihatnya." "Kenapa mesti tunggu sampai dia menangis???" tanya saudara-saudara kehairanan...

"Kerana aku lupa kat mana aku letakkan dia.. " jawab nenek itu dengan selamba.

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

Tahukah Anda?

Post by lias on Wed Jun 11, 2008 1:37 pm

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Laughing Laughing

lias

Number of posts: 286
Age: 23
Location: Kuala Lumpur - Tronoh - Kuantan
Registration date: 2008-04-09

View user profile

Back to top Go down

PEMILIK PISAU LIPAT

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:42 pm

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang
melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior
yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu berjumpa dengan sebuah
pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa
membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang
penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.

Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan
semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai
meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya
pelajar senior itu..

Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu
menambah..

"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa
pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan
kejujuran kamu semua untuk mengaku!"

Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..

"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya
akan panggil namanya?!!!"

Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar
lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia
menyebut nama pemilik pisau itu...

"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

SAKIT GIGI

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:43 pm

Pada suatu hari ada seorang wanita pergi ke klinik gigi untuk mencabut
giginya.. lalu doktor gigi bertanya.. "Puan.. gigi mana yang hendak
dicabut?"

Lalu wanita itu menjawab.. "gigi bahagian atas paling belakang"

Tak lama kemudian doktor dengan alat mencabut gigi mula mencabut gigi
wanita itu.. tetapi yang dicabut adalah gigi dibahagian depan.. lalu wanita
itu bertanya..

"Doktor.. kenapa gigi depan saya yang dicabut? kan yang sakit yang bahagian
belakang?

doktor gigi itu menjawab...
"sabar la.. kejap lagi sampai la ke belakang"

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

TEH RM1.00

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:43 pm

Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan
segalas teh ais...
Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak
meminumnya dia mendapati ada seekor lalat
sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggil
pelayan....

"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...!"

Dengan muka bad word si pelayan menjawab..
"takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda mengharapkan
ada kambing di dalamnya..."

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

BAS DUA TINGKAT

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:44 pm

Seorang nenek dan cucunya menaiki bas dua tingkat.
Cucu: Marilah nenek kita naik ke tingkat dua. Di atas masih ada tempat duduk.
Nenek: Eh... sudah-sudah. Nenek tidak mahu naik, nenek takut.
Cucu: Mengapa nenek?
Nenek: Di tingkat atas tidak ada pemandu!

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

HANYA LIMA

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:45 pm

Abang : Sudahkah adik menduduki ujian Matematik?
Adik : Sudah.
Abang : Adik dapat menjawab semua soalan dengan betul?
Adik : Hanya lima soalan sahaja yang salah.
Abang : Wah! Baguslah kalau begitu. Berapakah jumlah soalan
dalam kertas ujian adik itu?
Adik : Lima. Abang: !!!!!

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

UNTA

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:46 pm

Ibu unta dan anaknya sedang berbual-bual. Anak unta kemudian bertanya
kepada ibu unta,

Anak Unta: Ibu mengapa ketiga-tiga jari kaki saya besar?

Ibu Unta: Anakku, apabila kita berjalan di padang pasir yang pasirnya tidak
pejal, jari kaki kita akan mengelakkan badan kita daripada tenggelam ke
dalam pasir.

Anak Unta: Hmm.. benar juga kata-kata ibu ya. Ibu mengapa bulu mata saya
panjang?

Ibu Unta: Untuk mengelakkan mata kita daripada dimasuki pasir apabila
kita berjalan di padang pasir.

Anak Unta: Oh, begitu. Ibu mengapa saya mempunyai benjolan yang besar di
bahagian belakang saya?

Ibu Unta: (Sedikit marah) Benjolan itu membantu kita menyimpan lemak supaya
kita boleh bertahan tanpa meminum air dalam perjalanan yang jauh.

Anak Unta: Oh! Saya rasa sungguh bertuah! Kita mempunyai tapak kaki yang
besar supaya kita tidak tenggelam ke dalam pasir, bulu mata yang panjang
supaya pasir tidak masuk ke dalam mata dan benjolan ini untuk menyimpan
air? tetapi ibu?

Ibu Unta: Apa lagi sayang?

Anak Unta: Mengapa kita berada di dalam taman haiwan?!

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

BERITAHU SIANG-SIANG

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:48 pm

Marsya baru berumur lima tahun. Dia memang pintar bercakap. Suatu hari dia
telah mengikuti ibunya ke sebuah kedai. Ibunya mahu membeli barang-barang
keperluan di dapur.

Ibu : Encik, saya nak susu dua tin, beras 3 kilogram, garam sekotak dan
gula 2 kilogram. Encik : Susu yang ini boleh? (sambil menunjukkan susu cap
teko) Ibu : Bolehlah. Encik : Ada apa-apa lagi yang awak nak? Ibu : Tidak.

Setelah membayar harga barang-barang itu, ibu teringat akan beberapa barang
yang perlu dibelinya. Dia pun memesan barang-barang itu kepada penjual
tadi.

Penjual : Kenapa awak tidak beritahu saya siang-siang? (Dia kelihatan
marah)

Ibu tidak menjawab. Marsya yang dari awal tadi hanya memerhatikan gelagat
ibu dan penjual itu, tiba-tiba bersuara.

Marsya : Pak cik! Ibu telah beritahu siang-siang bukan malam-malam. Kalau
beritahu malam-malam tentu kedai pak cik dah tutup

Penjual: ????


Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

KELUARGA BESAR

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:49 pm

Pada suatu hari Cikgu Midah sedang bercakap tentang ahli keluarga. Dia pun
menyuruh murid-muridnya memberi keterangan mengenai keluarga masing-masing.
Tiba giliran Osman, Osman mula memberitahu nama adik- beradiknya yang
seramai dua belas orang serta umur mereka.

Cikgu Midah pun bertanya: "Osman adakah awak berasal daripada keluarga yang
besar?"

Osman: "Tidak Cikgu, semua ahli keluarga saya rendah-rendah dan kurus-kurus
belaka." Semua murid di dalam kelas itu pun ketawa berdekah-dekah

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

POSMEN

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:49 pm

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje"

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

SISTEM DARAH

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:50 pm

Seorang peminum arak membuat pemeriksaan darah disebuah klinik.. Agak Lama
dia menunggu penjelasan doktor daripada hasil pemeriksaan itu...

"Bagaimana keadaan darah saya Doktor? Adakah baik2 saje?"

"Ya.. cuma ada sedikit darah yang mengganggu sistem cairan alkohol di tubuh
Anda," jawab doktor..

Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

100%

Post by Tan Sri Belalai @ Syakiri on Wed Jun 11, 2008 1:51 pm

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.

"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu
dapat markah 100%?" Tanya ibunya.

"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."


Laughing Laughing Laughing

elephant

Tan Sri Belalai @ Syakiri

Number of posts: 1476
Age: 24
Location: utara - selatan
Registration date: 2008-04-16

View user profile http://profiles.friendster.com/luvcraft

Back to top Go down

Page 6 of 7 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7  Next

View previous topic View next topic Back to top


Post new topic   Reply to topic
Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum